EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Isnin, 23 Februari 2015

Integrasi Nasional



Definisi
Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu  proses  atau  pun  matlamat  di  mana  semua penduduk dalam sesuatuwilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan  saling  menghormati  tanpa  mengira  agama,  perbezaan  etnik  dan bahasa  serta  sudi  berkongsi  pengalaman,  latar  belakang,  sejarah  dan nilai.” 



Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera,   Cina   dan   India.   Komposisi   populasi   sebegini   telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian 

tragedi 13 Mei 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang  integrasi  nasional  di  negara  kita.  Perkara  tersebut  telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni 
dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaanan  Polisi  Kebudayaan  Kebangsaan.  Pelaksanaan  polisi-polisi  tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis  Gerakan  Negara (Jabatan  Perpaduan  Negara  dan  IntegrasiNasional, 2005). 


Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

         Perbezaan dalam agama dan budaya
         Polisi pecah perintah British
         Sistem  pendidikan  dan  penggunaan  bahasa pengantara yang berbeza di sekolah
         Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
         Penempatan geografi berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik.
         Parti politik berdasarkan kumpulan etnik
         Perbezaan dalam agama dan budaya
         Polisi pecah perintah British
         Sistem  pendidikan  dan  penggunaan  bahasa pengantara  yang berbeza di sekolah
         Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
         Penempatan geografi yang berbeza  berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik
         Parti politik berdasarkan kumpulan etnik.




Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional

Pendidikan  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  proses menyatukan  semua  kumpulan  etnik  di  negara  kita.  Pendidikan  dapat membentuk  modal  insan  yang  berkembang  secara  holistik  dari  segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh  Kementerian  Pelajaran  untuk melahirkan  generasi  masa  hadapan yang  bersemangat  patriotik,  bertoleransi,  progresif  dan  bersatu  untuk menjadikan  Malaysia  negara  yang  cemerlang.  Langkah-langkah  yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

          Pelaksanaan  sistem  pendidikan  kebangsaan  yang  menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

          Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangatbersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

          Mengasimilasikan  nilai-nilai  diri  yang  positif,  nilai-nilai  moral  danseni dalam semua mata pelajaran.

          Memperkenalkan  mata  pelajaran  sivik  dan  kewarganegraan  disekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

         Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

          Pelaksanaan  sistem  pendidikan  kebangsaan  yang  menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah. 

          Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat
bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

          Mengasimilasikan  nilai-nilai  diri  yang  positif,  nilai-nilai  moral  dan
seni dalam semua mata pelajaran.

          Memperkenalkan  mata  pelajaran  sivik  dan  kewarganegraan  di
sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

         Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan