EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Jumaat, 6 Mac 2015

Ciri-ciri sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.

  • Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat,mempunyai  akauntabiliti  dan  kredibiliti  dalam  proses  pengajaran dan  pembelajaran  di  sekolah.  Penggunaan  kaedah  pengajaran yang   berteraskan   ICT   dan   hands-on.   Mereka   seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada peringkat  sekolah  atau  negeri  tetapi  sehingga  ke  peringkat antarabangsa.

  • Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan  diri  sendiri.  Mereka  diberi  kuasa autonomi  untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan