EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Khamis, 5 Mac 2015

Konsep Stres




Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.    

Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004  dalam  Mohd  Taib  dan  Hamdan 2006)

.Menurut  Mohd  Salleh   (1994)  stres  adalah  reaksi  fizikal  dan  mentalseseorang  akibat  sesuatu  situasi  yang  menyebabkan  ketidakselesaan dalam  hidup.   

Ketidakselesaan  ini  boleh  memberi  dua  kesan  berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif.    Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.    

Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan  atau perhubungan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan