EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Jumaat, 6 Mac 2015

Hormati Guru Anda





Sesi persekolahan baru sahaja bermula minggu ini. Bagi yang pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan mahupun pelajar lama, semoga tahun 2010 memberi semangat baru buat anda untuk cemerlang dalam pelajaran.

UNTUK cemerlang dalam pelajaran, insan paling bertanggungjawab membentuk pelajar ke arah itu adalah guru yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar pada setiap masa.
Ilmu yang dicurahkan oleh guru amat penting bagi menjadikan seseorang itu insan berguna pada masa hadapan. Jadi, guru mesti dihormati kerana jasa mereka tidak akan terhitung oleh kita.
Pada asasnya, tugas hakiki seorang guru adalah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Mereka juga merupakan ibu bapa kedua kepada pelajar memandangkan banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding di rumah.
Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk menghargai jasa guru yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan bakti tanpa mengenal erti jemu.
Guru tidak pernah meminta wang ringgit dan harta sebagai balasan. Cukuplah setiap pelajar menghormati mereka dengan mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa.
Tidak salah kalau menyapa guru ketika berselisih di luar kawasan sekolah sekalipun.
Dengan cara itu, bukan sahaja dapat menunjukkan sikap menghormati guru, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka demi kebaikan bersama.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Dengan ini, pelajar dapat belajar daripada kesilapan.
Sikap dan disiplin diri seorang pelajar di sekolah juga adalah penting. Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Secara tidak langsung, ini boleh menjadikan mereka lebih tekun dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup.
Mereka juga perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.
Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru juga sebahagian tanda hormat dan penghargaan seseorang pelajar.
Dengan membuang masa dan membuat bising dalam kelas ketika guru sedang mengajar adalah tindakan yang menunjukkan pelajar tidak menghormati guru.
Jika sikap seperti ini berterusan dan tidak diperbetulkan, ia akan merugikan masa depan pelajar terbabit.
Sebelum terlambat, ubahlah sikap dengan berusaha sebaik mungkin menghormati dan mengenang jasa guru.
Jika di rumah, ibu bapa adalah insan yang perlu disayangi, manakala di sekolah pula guru umpama ibu bapa. Jadi, sebagai pelajar, anda boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.
Ia boleh dilakukan dengan dengan membawa buku-buku ke bilik guru, selain memberi hadiah tanda ingatan semasa sambutan Hari Guru.
Namun, apa lebih penting guru akan rasa dihargai apabila pelajar dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka ketika terlantar sakit. Mereka akan berasa disayangi dan diingati sepanjang masa.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri dan menerangi hidup orang lain.
Lagipun, guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Janganlah jadi salah seorang yang merugikan masa depan sendiri. Tepuk dada tanya selera. - NUR AISHAH MOHD. AMIN


Petikan dari:
Kosmo Online

Ciri-ciri sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.

  • Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat,mempunyai  akauntabiliti  dan  kredibiliti  dalam  proses  pengajaran dan  pembelajaran  di  sekolah.  Penggunaan  kaedah  pengajaran yang   berteraskan   ICT   dan   hands-on.   Mereka   seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada peringkat  sekolah  atau  negeri  tetapi  sehingga  ke  peringkat antarabangsa.

  • Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan  diri  sendiri.  Mereka  diberi  kuasa autonomi  untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. 

Khamis, 5 Mac 2015

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/ PBL)

Definisi PBL

Proses  pembelajaran  ini    berfokuskan  tugasan  berdasarkan  isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data    serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. 

Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan   autentik   yang   memerlukan   pemikiran   kritis.  

Proses pembelajaran   memerlukan   pelajar   mengaplikasi   pelbagai   sumber maklumat,  menentukan  dan  mengurus  sumber,  masa  dan     bahan pembelajaran.    

Pelajar    mempunyai    autonomi    dalam    membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.

Konsep Stres




Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.    

Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004  dalam  Mohd  Taib  dan  Hamdan 2006)

.Menurut  Mohd  Salleh   (1994)  stres  adalah  reaksi  fizikal  dan  mentalseseorang  akibat  sesuatu  situasi  yang  menyebabkan  ketidakselesaan dalam  hidup.   

Ketidakselesaan  ini  boleh  memberi  dua  kesan  berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif.    Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.    

Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan  atau perhubungan. 

Punca Gangguan Emosi



Terdapat  banyak  punca  yang  menyebabkan  gangguan  emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada   faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat. 


Terri  mouro  (2004)  menyatakan  faktor  persekitaran  sekolah,  perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.


Faktor Kekeluargaan-           
  • Keadaan  keluarga  yang  kucar  kacir,  pertengkaran  dankedua ibu bapa
  • Status  ekonomi  keluarga  yang  tidak  stabil  serta  masalah kewangan.
  •  hubungan   ahli   keluarga   tidak   rapat,   sering   berlaku pergaduhan antara adik beradik
  • kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa.-penderaan oleh ibu bapa atau penjaga
  • sikap ibu bapa yang pilih kasih

Selasa, 24 Februari 2015

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)

Guru  ialah  penjawat  awam  yang  perlu  mematuhi  semua  etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah  peraturan  4  Bab  D,  Perintah  Am  (Warta  kerajaan  P.U.(A)395 pindaan 2002). 

 

Tujuan  utama  peraturan  adalah  untuk  menjaga  imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang   didapati   melanggar   mana-mana   peraturan   supaya   dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang  sama  dapat  dijadikan  panduan  kepada  orang  lain.  


Di  antara peraturan  tersebut  dan  berkaitan  dengan  tugas  seorang  guru  adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib)    1993,    (Pindaan)    2002    (P.U.A.246).   yang   telah   muladiKuatkuasakan  pada  20.6.2002.

Pengenalan Tekanan Emosi Guru




Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Pengurusan Emosi Peta I-Think


Isnin, 23 Februari 2015

Konsep 1 Malaysia


            Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik  di Malaysia  termasuk Sarawak  dan  Sabah.  Menurut  Laman  web 

peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika  idea  "Bangsa  Malaysia"  yang  ditimbulkan  melalui Wawasan  2020 menjadi  destinasi  akhir,  maka 1  Malaysia  adalah  hala  tuju  yangmembimbing kita ke arah destinasi itu.

             Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep  1 
Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, 

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. 

Objektif pelan ini adalah:
i.          Meningkatkan  penyertaan  pelajar  dan  guru  dari  ketiga-tiga  jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.

ii.         Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah.

iii.        Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.



Integrasi Nasional



Definisi
Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu  proses  atau  pun  matlamat  di  mana  semua penduduk dalam sesuatuwilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan  saling  menghormati  tanpa  mengira  agama,  perbezaan  etnik  dan bahasa  serta  sudi  berkongsi  pengalaman,  latar  belakang,  sejarah  dan nilai.” 



Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional

Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera,   Cina   dan   India.   Komposisi   populasi   sebegini   telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian 

tragedi 13 Mei 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang  integrasi  nasional  di  negara  kita.  Perkara  tersebut  telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni 
dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaanan  Polisi  Kebudayaan  Kebangsaan.  Pelaksanaan  polisi-polisi  tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis  Gerakan  Negara (Jabatan  Perpaduan  Negara  dan  IntegrasiNasional, 2005). 


Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional

Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

         Perbezaan dalam agama dan budaya
         Polisi pecah perintah British
         Sistem  pendidikan  dan  penggunaan  bahasa pengantara yang berbeza di sekolah
         Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
         Penempatan geografi berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik.
         Parti politik berdasarkan kumpulan etnik
         Perbezaan dalam agama dan budaya
         Polisi pecah perintah British
         Sistem  pendidikan  dan  penggunaan  bahasa pengantara  yang berbeza di sekolah
         Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
         Penempatan geografi yang berbeza  berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik
         Parti politik berdasarkan kumpulan etnik.




Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional

Pendidikan  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  proses menyatukan  semua  kumpulan  etnik  di  negara  kita.  Pendidikan  dapat membentuk  modal  insan  yang  berkembang  secara  holistik  dari  segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh  Kementerian  Pelajaran  untuk melahirkan  generasi  masa  hadapan yang  bersemangat  patriotik,  bertoleransi,  progresif  dan  bersatu  untuk menjadikan  Malaysia  negara  yang  cemerlang.  Langkah-langkah  yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

          Pelaksanaan  sistem  pendidikan  kebangsaan  yang  menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.

          Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangatbersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

          Mengasimilasikan  nilai-nilai  diri  yang  positif,  nilai-nilai  moral  danseni dalam semua mata pelajaran.

          Memperkenalkan  mata  pelajaran  sivik  dan  kewarganegraan  disekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

         Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

          Pelaksanaan  sistem  pendidikan  kebangsaan  yang  menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah. 

          Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat
bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.

          Mengasimilasikan  nilai-nilai  diri  yang  positif,  nilai-nilai  moral  dan
seni dalam semua mata pelajaran.

          Memperkenalkan  mata  pelajaran  sivik  dan  kewarganegraan  di
sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.

         Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.



Khamis, 12 Februari 2015

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025



1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem
pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta
menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Konsep isu dan Cabaran pendidik




Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalanyang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi.



Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untukmembangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.




Ahad, 8 Februari 2015

Selamat datang ke blog EDU3093 (Guru dan Cabaran Semasa)





Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang dan terima kasih kepada sahabat alam maya kerana sudi menyinggah blog EDU3093 ini.
        Alhamdulillah.. terhasilnya blog ini mungkin sedikit sebanyak  dapat membantu kita dalam sama-sama mencari ilmu. Insyaallah..

        Diharapkan blog ini dapat membantu sahabat alam maya di luar sana dalam mencari maklumat dalam subjek EDU 3093 (Guru dan Cabaran Semasa).

       
Sekian dari saya. Terima kasih.